CARA BAYAR ROADTAX KERETA DI JPJ @ PEJABAT POS

CARA NAK BAYAR ROADTAX KERETA DI JPJ @ PEJABAT POS

Nak bayar roadtax nie mungkin perkara yang senang bagi sesetengah orang dan mungkin juga suatu yang rumit bagi orang yang baru..Jadi posting kali ini hamba nak share dengan korang caranya..

Jom..




First skali kena tahu la roadtax korang tu bila expired..contohnya 20 Jun 2020,jadi korang boleh bayar roadtax tu seawal 60 hari sebelum roadtax tu expired..Maksudnya 2 bulan lebih awal iaitu seawal 20 April 2020..ehhh..rugilah bayar awal sebab tak sampai tarikh lagi..kita kan bayar untuk setahun..Jangan risau..kalau korang bayar awal pun,pegawai di kaunter JPJ @ Pejabat pos tetap akan bagi ikut tarikh expired roadtax kereta korang tu..Benda nie memang dah ada dalam sistem JPJ..jangan risau..

Yang keduanya..kena bayar insurans dulu baru boleh hidupkan roadtax..bawa geran kereta korang..kalau tak ada pun tak apa..pergi mana - mana JPJ @ Pejabat pos & cari kedai@kiosk yang ada jual insurans kenderaan..Kalau kat pejabat pos,biasanya insurans kenderaan boleh beli di kaunter pos terus..Depan -depan pejabat JPJ ada banyak kedai@kiosk..Korang baca je dekat signboard ada tulis Wakil Insurans,iyer la tu..Cakap dengan orang insurans tu nak bayar insurans kereta..Nanti dia minta geran..Kalau tak ada geran,dorang akan minta nama pemilik kenderaan,no ic pemilik,jenis kenderaan,no pendaftaran kenderaan,alamat tempat tinggal..

Nanti orang insurans tu akan bagi harga..kalau setuju,korang bayar & dorang akan bagi kertas@salinan polisi insurans yang korang bayar tadi..Dah dapat kertas tu,selesai lah bab insurans..

Bawa kertas@salinan polisi tadi,pergi ke kaunter JPJ..Ambil nombor,tunggu nombor di panggil..Sampai kat kaunter nanti cakap Nak bayar roadtax@Nak print roadtax..Bila dah siap print roadtax tu,pegawai akan minta bayaran mengikut kelas kereta korang..Dah dapat roadtax tu,boleh la balik dengan hati gembira..

Balik rumah,tanggalkan roadtax yang lama..Tampal lah roadtax baru..Tapi kalau korang rasa tak sempatlah nak pergi buat sendiri..takutlah nak pergi buat..tak biasalah..korang wasap je 0122236664..Insha Allah,hamba tolong setelkan sehingga roadtax tu sampai ke tangan korang..Kalau korang tinggal sekitar Kuala Lumpur,kita boleh la COD..Kalau korang duk jauh nun seluruh Malaysia,hamba hantar by poslaju..Insha Allah selamat sampai..



Hamba nie kerja dia,buat insurans & roadtax kenderaan orang..jadi kalau korang rasa selesa & selamat,bolehlah berurusan dengan hamba..

Terima kasihlah sebab sudi baca sampai kesini..nak stop taip dah nie..nanti kita sambung lagi dalam tulisan yang lain..

Babai..Assalamualaikum..

My name is yu

Like pages https://www.facebook.com/RoadtaxOnlineKualaLumpur/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BUAT DUIT DENGAN SENANG BILA TERDESAK

Roadtax Online Kuala Lumpur